Wednesday, October 26, 2011
5 Sebab Mengapa Pelajar Sekarang Kurang Ajar
Saya tertarik dengan luahan perasaan seorang rakan rekanku yang mengajar disalah sebuah sekolah menegah atas atau Kejuruan, mengenai sikap pelajar dulu dengan sekarang. Jika dibandingkan, jauh sekali beda walaupun dulu guru bebas memberi hukuman sewenang-wenangnya tetapi pelajar sangat berdisiplin. Guru-guru sekarang yang serba salah dengan sikap kurang ajar dengan para pelajarnya. Namun ada juga yang pasif atau tidak menganggap sbg masalah!
Pelajar sekarang nich ramai yang semakin kurang ajar (bersikap overload, Free, Sulit di arahkan) tapi fenomena ini bukan hanya berlaku pada Pelajar sahaja tetapi meliputi semua golongan termasuk warga, orang kurang upaya dan ahli parlimen. Banyak nasehat serta arahan yang diberi oleh orang ramai berkaitan puncak masalah ini antaranya:
1. Dunia akhir zaman, kejadian pelik-pelik pun timbul.
2. Sistem pelajaran dalam negara gagal ditafsir dengan baik walaupun falsafahnya baik, maka merajalelalah unsur sekularisme dalam sistem pelajaran kita. Sepatutnya semua mata pelajaran dimasukkan elemen Islam, pesan moral, adab budi pekerti serta nilai Sikap yang luihur, bukan hanya mata pelajaran Islam sahaja yang bercakap atau berbincang soal agama,dan keterkaitanya dengan membentuk Pelajar yang baik.
3. Guru-guru sudah hilang taring apabila disekat daripada membentuk akhlak pelajar disekolah. Sekiranya guru bertegas maka guru akan disamakann oleh ibu bapa modin.
4. Ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik anak dan menyerahkan 100% soal pelajaran dan pendidikan kepada pihak ketiga (sekolah, sekolah arab, guru fardu ain, bibi).
5. Keberkatan telah diangkat apabila dalam negara banyak berlaku maksiat (ulama dan pemerintah berkelahi, hiburan berlebihan dan melalaikan, salah guna kuasa, zina, minum arak, judi, berebut kuasa).
Maka bersama-sama lah kita berikhtiar agar semua ini dapat kita perbaiki satu persatu agar masyarakat kita akan hidup aman dan damai...sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.